Peng. Product

Pengenalan Gred A, B & C


Diaper ini terbahagi kepada 3 grade (Grade A , B dan C) jenis Magic Tape dan juga PE tape.


Bagaimana ciri2 diapers tersebut:

1. 100% Cloth base-jenis kain seperti mamipoko/huggies di pasaran (lembut)

2. Magic Tape- tape yang boleh dipasang berulang kali (spt Tape Mamypoko/Huggies)

3. PE tape- tape jenis plastik (spt Tape Drypers)

4. Leakguard 2 Layer-membantu mengelak bocoran.

5. Wetness Indicator -Pengesan Kelembapan


6. Waistband - Getah pinggang yang lembut tidak menyakitkan si pemakai

7. Boleh pakai siang dan malam. kadar resapan yang tinggi membolehkan diaper ini dipakai waktu malam..tidak perlu membeli jenama berbeza. Namun utk anak yang kencing terlalu kuat disarankan menyalinkan lampin tersebut sekali lagi sebelum tido. Bagi yang normal,salin sewaktu mandi petang boleh bertahan sehingga esok pagi


Apa itu Grade A?

Grade A adalah diaper yang diimport siap pek dari negara pengeluar/asal.

Ianya telah melepasi QC kilang berkenaan, 100% berkeadaan baik.

Grade A dijual di negara pengeluar/asal di pasaran terbuka (supermarket, kedai)

Contoh: Huggies Taiwan dari negara Taiwan.



Apa itu Grade B & C?

Grade B & C adalah diaper yang tidak memenuhi QC kilang pengeluar dan tidak boleh dipek untuk dijual negara tersebut. Biasanya apabila proses print diaper di kilang terganggu (contoh mesin jem) terdapat diaper yang rosak dalam production line diaper tersebut. Kilang akan reject whole line. Ianya kemudian dijual kepada agen yang membeli grade B ini untuk dijual ke luar negara. Agen akan mengumpul grade B dari kilang berlainan. Apabila agen mendapat order dari pengimport ia kan menimbang diaper grade B ini dan dimampatkan (compress) sebelum dimuatkan di dalam kontena.

Grade B & C adalah diaper yang diimport dalam ‘bales’ yang telah di ‘compress”.

Sebab itu grade B & C yang sampai terdapat pelbagai jenis gambar, rupa dan kaler diaper.

Apa yang datang dalam kontena tersebut, itulah stok yang kami jual.

Apabila grade B & C sampai di kilang pengimport di Malaysia, kerja-kerja memproses diaper dilakukan secara manual oleh pekerja di kilang;

- MEMILIH dan MENGASINGKAN

(memilih hanya diaper yang cukup syarat untuk dipek)

- MEMBUNGKUS/PEK

(diaper yang telah dipilih diakan dipek dlm palstik biasa)


Pengguna tidak perlu bimbang keputusan stok kerana Dealer akan menyimpan stok untuk pelanggan mereka.


Grade B bukan bermakna ianya tidak berkualiti, malah kualiti diaper tersebut lebih baik berbanding dengan diaper-diaper murah yang dijual di pasaraya/ kedai2. Ia mampu membuat anda tersenyum berpuashati melihat anak anda begitu selesa tanpa kebasahan. Dan anda tidak perlu bangun waktu malam hanya untuk menyalin diaper anak anda. Kini ibubapa mampu tidur dengan lebih lena…apalagi simanja.!!


Size diapers bergantung kepada berat kanak-kanak :


Saiz S = untuk kanak-kanak seberat 3kg - 6kg

Saiz M = untuk kanak-kanak seberat 6kg - 9kg

Saiz L = untuk kanak-kanak seberat 9kg - 12kg

Saiz XL = untuk kanak-kanak seberat 12kg ke atas



(* saiz yang dimaksudkan merujuk kepada standard saiz kanak-kanak Malaysia sahaja - bukan di peringkat antarabangsa)


Penentuan size diapers tidak bergantung pada umur kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak tersebut berusia 1 tahun dengan berat 9kg, dia perlu dipakaikan dengan saiz L. Jika kanak-kanak tersebut berusia 1 tahun dengan berat hanya 7kg, saiz diaper yang sesuai untuknya adalah saiz M. Timbanglah berat anak anda dan dapatkan saiz diapers yang bersesuaian demi keselesaannya.


Bagi kanak-kanak dengan berat melebihi 15kg, saiz diapers yang bersesuaian adalah XXL. Walau bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak Malaysia (dengan berat 15kg ke atas) telah boleh dilatih untuk ke bilik air dan ia amat digalakkan memandangkan pemakaian diapers yang terlalu lama adalah tidak efektif untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak.


Oleh kerana stok agak terhad (ikut kontena), permintaan diaper ini sangat laris. Sekiranya anda ingin mencuba/membeli disarankan utk booking lebih awal bagi mengelak kehabisan stok.



Terima Kasih Kunjung Kami